DISCOVER MALAYSIA :
YOUR MUSLIM-FRIENDLY
DESTINATION

Bengkel Pelancongan Islam (Bahagian Pengurusan Masjid)

Pada masa kini, lawatan ke masjid telah menjadi salah satu aktiviti yang popular di Malaysia di kalangan para pelancong Muslim dan juga yang bukan Muslim dari dalam dan luar negara. Namun begitu, aktiviti ini menjadi isu negatif di kalangan segelintir masyarakat yang beranggapan bahawa kedatangan pelancong-pelancong terutamanya yang bukan Muslim boleh menjejaskan kesucian masjid.

Perbincangan mengenai hukum bukan Islam memasuki masjid telah lama diperdebatkan di kalangan ulama. Kebanyakan ulama dalam Mazhab Syafie berpendapat harus atau tidak ditegah orang bukan Islam memasuki atau berada di dalam masjid untuk niat atau keperluan tertentu. Bagaimanapun, ini tidak bermakna pelawat bukan Islam bebas keluar masuk masjid tanpa kawalan. Disebabkan itu, lawatan bukan Islam ke masjid perlu dilakukan secara tertib dan sebolehnya di bawah kawalan atau bimbingan pemandu pelancong.

Perkara yang menjadi daya tarikan pelancong terutama pelancong bukan Islam ketika melawat masjid ialah keindahan menara, seni bina masjid, mihrab, mimbar, hiasan dalaman masjid yang tenang, tempat wuduk, peranan imam, kemerduan suara muazzin, peranan makmum dan cara umat Islam menunaikan sembahyang.

Menyedari kepentingan penerangan terbaik dan tertib kepada para pelancong, ITC akan mengadakan sebuah Bengkel Pelancongan Islam (Bahagian Pengurusan Masjid) untuk pihak pengurusan masjid dan kepada pihak-pihak luar yang berminat pada 20 – 21 April 2015 / 1- 2 Rejab 1436H di Hotel Selesa, Johor Bahru, Johor. Tarikh tutup penyertaan adalah 13 April 2015. Objektif bengkel ini adalah seperti berikut:

  • Mewujudkan pemahaman mengenai agama Islam di Malaysia khasnya kepada pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya yang bukan Islam melalui program pelancongan masjid.

 

  • Mewujudkan kesedaran dan memberi pendedahan kepada orang ramai terutamanya pihak pengurusan masjid tentang kepentingan dan manfaat pelancongan masjid kepada pelancong-pelancong Islam dan bukan Islam.

 

  • Mewujudkan Unit atau Jawatankuasa Pelancongan di masjid-masjid yang berpotensi menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara bagi mengendalikan dan menyelaras aktiviti –aktiviti pelancongan di masjid.

 

  • Menggalakkan masjid-masjid yang berpotensi menjadi tarikan pelancong bagi menyediakan kemudahan – kemudahan kepada para pelawat antaranya seperti kaunter informasi, risalah-risalah mengenai latarbelakang dan aktiviti masjid serta menyediakan jubah, tudung atau kain sarung kepada pelawat-pelawat bukan Islam yang tidak menutup aurat.

 

  • Melahirkan kakitangan dan sukarelawan terlatih untuk menyokong industri pelancongan Islam terutamanya pelancongan masjid di Malaysia.

 

  • Menjadikan masjid sebagai satu produk dan ikon pelancongan negara sekaligus meningkatkan kehadiran pelancong-pelancong asing ke negara ini.

 

Klik imej dibawah untuk memuat turun brosur Bengkel Pelancongan Islam (Bahagian Pengurusan Masjid).

Brochure - Islamic Tourism Workshop

 

Borang Penyertaan dan Aturcara program boleh didapatkan di sini.