Wednesday, 19 Jun 2013 Language : Malay Russian Arabic Chinese French
Malaysia   |   Asia   |   Middle East   |   Africa   |   Europe   |   Australasia   |   CIS   |  
News   |    Daily Column   |    Press Release   |    Photo Gallery   
 
Cara Mengetahui Arah Kiblat Di Hutan

 

 

 

Bayangkan,semasa anda sedang asyik mengejar seekor kijang di dalam hutan untuk diambil gambarnya, tanpa disedari rupanya anda telah masuk jauh ke dalam hutan tersebut dan tidak tahu arah untuk berpatah balik. Kini anda hanya boleh minta pertolongan dari Allah s.w.t dengan melakukan solat hajat. Tetapi macam mana nak solat jika tidak tahu arah kiblat? Berikut merupakan panduannya : 

Jika kita tersesat di dalam hutan di waktu malam sedangkan kita tidak dapat mengesan arah kiblat ketika itu, maka kita boleh berpandukan bintang-bintang yang ada di langit. Namun jika bintang-bintang pun tidak kelihatan kerana cuaca mendung ataupun berjerebu, ketika dalam keadaan darurat itu maka kita bolehlah menghadap ke arah manapun yang kita anggap betul ketika itu, kerana yang paling penting saat itu adalah kiblat hati iaitu kepada Allah SWT. 

Dari Amir bin Rabi'ah, ia berkata: Kami pernah bersama Nabi s.a.w. pada suatu malam gelap, lalu bingung menentukan arah kiblat, lalu kami solat. Maka tatkala terbit matahari, ternyata kami solat tidak menghadap kiblat. Lalu turun ayat "Maka kemanapun kamu menghadap, disitu ada keredhaan Allah." (Riwayat Tirmizi)

 

Seorang komando tentera diraja Malaysia memberi tips bagaimana untuk mengetahui kiblat didalam solat. Caranya ialah kita baling sesuatu objek seperti rating kayu atau batu ke pokok, lihat dedaun yang jatuh ke tanah (daun hidup bukan yang mati) hujung daun itu akan menunjukkan arah kiblat.

 

Wallahu A’lam








More News of The Day

1. 4 Tips For Traveling to Islamic Countries
2. Motivational Tips
3. The reality of tests
4. The Life Of Prophet Muhammad (PBUH) to air on BBC
5. Portal Masjid di Negeri Sembilan
6. Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan
7. An Evening to Remember

 
 
Advertisement
 
 
 
TOUR PACKAGES
Read more
 
 
   FOLLOW US  
 
ASDIQA of ITC (Friends of ITC)
Be our ASDIQA and you may share your travel stories, travel tips, news and more! There is interesting gift from us to you.
Name
Email
 
Supported by Technology Partner
 


  DISCLAIMER   CONTACT US   SITEMAP