Di benua Eropah, Islam merupakan agama kedua terbesar meskipun pemeluknya hanya 50 juta. Sekitar 16 juta umat Islam mendiami di Rusia, 21 juta di Eropah Timur, manakala 13 juta lagi mendiami di Eropah Barat, terutama di Perancis, Jerman, dan United Kingdom. Majalah Newsweek, 29 Mei 1995, dengan artikel berjudul “Muslim Europe”, melaporkan bahawa jumlah umat Islam melebihi umat Protestan dan Yahudi pada negara-negara yang umat Katoliknya sangat dominan, iaitu Belgium, Perancis, Itali dan Sepanyol.