Putrajaya, 18 Disember 2025 – Islamic Tourism Centre (ITC) menyulam semangat kerjasama antara warga Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama penggiat industri melalui anjuran sulung ITC Open Day 2025 yang berlangsung di Dewan Sanggar Pujangga.
Program yang berlangsung selama satu hari ini menepati objektifnya untuk memberi pendedahan secara langsung mengenai peranan, fungsi serta inisiatif utama ITC. Selain itu, ia memberi ruang untuk seluruh warga kerja MOTAC berinteraksi dan mendengar perkongsian informatif, dalam suasana yang santai.
Pemangku Ketua Pengarah ITC, Puan Nur Alyssa Coraline Yussin, menekankan kepentingan semangat kerjasama dan integriti dalam menjayakan visi kementerian.
“ITC Open Day membuktikan kita mampu membina sinergi yang kuat dan merapatkan silaturahim antara bahagian dan agensi di bawah naungan MOTAC. Dengan pengukuhan kefahaman terhadap Pelancongan Islam dan pemupukan nilai integriti, diharapkan kita semua akan melangkah dengan penuh keyakinan dan semangat untuk mencapai sasaran 47 juta kemasukan pelawat antarabangsa sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia (Visit Malaysia 2026 – VM2026).”
Semangat kebersamaan ini dizahirkan melalui penglibatan aktif 20 pempamer dan 25 rakan strategik. Selain itu, antara sorotan utama ITC Open Day adalah sesi pengenalan ITC oleh Puan Anis Rozalina Ramli, Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat dan pembentangan program pengiktirafan Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition (MFAR) dan Muslim-Friendly Tourist Guide (MFTG) oleh Puan Siti Hawa Mohd. Khalil, Eksekutif Bahagian Pembangunan Industri dan Puan Siti Umairah Jaafar, Penolong Eksekutif Bahagian Penyelidikan dan Latihan dari ITC.
Program ITC Open Day juga dimeriahkan dengan kehadiran penceramah jemputan terkenal, Amin Idris dan Izzhar Nadzri yang menyampaikan ceramah motivasi bertajuk “Reset Hati: Kuatkan Iman dan Integriti”. Majlis turut diceriakan dengan persembahan khas oleh artis popular, Lah Ahmad dan sesi Zumba bersama Zin Fareeza pada akhir program.
Sebagai agensi di bawah MOTAC, ITC yang ditubuhkan pada tahun 2009 telah meneraju pembangunan sektor Pelancongan Islam negara, termasuk membangunkan standard dan mengiktiraf premis dan perniagaan Pelancongan dan Hospitaliti Mesra-Muslim (Muslim-Friendly Tourism and Hospitality – MFTH).
ITC Open Day 2025 yang dihadiri oleh lebih 200 peserta, terdiri daripada warga MOTAC dan rakan strategik ITC dirasmikan oleh Encik Surrendren Sathasivam, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) kementerian tersebut.
SENARAI RAKAN STRATEGIK ITC OPEN DAY 2025
- Attana Hotels & Resorts
- Tasik Villa International Resort, Port Dickson
- Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur
- Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur
- Mardhiyyah Hotel & Suites
- Lotus Desaru Beach Resort &Spa
- Beacon Resorts
- Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA
- Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
- Tabung Haji Travel & Services
- Teratak Spa
- KOPETRO Travel & Tours
- D’Cantek Muslimah Spa
- Airis Heritage Spa
- Zheo Lab (M) Sdn Bhd
- Ryverra Chocolate Story
- Toki Group (M) Sdn Bhd
- Kuala Lumpur Tower
- Berjaya Times Square Theme Park
- Mohd Chan Group Berhad
- TGV Cinema
- Malayan Banking Berhad
- Mitsui Outlet Park KLIA Sepang
- Emery School Of Coffee
- Only World Group (OWG)
SENARAI PEMPAMER ITC OPEN DAY 2025
- Attana Hotels and Resorts
- Tasik Villa International Resort, Port Dickson
- Lotus Desaru Beach Resort and Spa
- Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur
- Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA
- Tabung Haji Travel and Services
- Kopetro Travel and Tours Sdn Bhd
- Masjid Al-Hasanah,Bandar Baru Bangi
- Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur
- Masjid Diraja Sultan Ala’eddin, Kg. Bandar
- Karyaneka Sdn. Bhd.
- D’Cantek Muslimah Spa
- Airis Heritage Spa
- AORA Spa and Wellness Bentong
- Sukur Food Industries
- Nasyrul Quran Complex
- Berjaya Times Square
- Sudu & Soul
- Siti Khadijah Apparel Sd. Bhd.
- Klinik Dr. Najwa Putrajaya
TAMAT






