MALAYSIA PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK BAGI TEMBUSI PASARAN CHINA

LANGKAWI, KEDAH, 22 JULAI 2026: Menyedari China sebagai salah satu pasaran pelancongan yang terpenting, Malaysia mempergiat usaha untuk menarik lebih ramai pelancong dari China melalui promosi bersasar, jalinan kerjasama dan pengenalan produk pelancongan baharu.

Islamic Tourism Centre (ITC) dan Tourism Malaysia, kedua-duanya merupakan agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, telah melangkaui pemasaran destinasi dengan meneroka kerjasama yang dapat memperkukuh ekosistem pelancongan. Usaha bersama ini dijangka meningkatkan keyakinan pelawat serta mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan untuk industri pelancongan.

Dengan adanya kempen Tahun Melawat Malaysia yang sedang berlangsung, usaha-usaha ini dijangka akan menyumbang kepada sasaran keseluruhan 47 juta ketibaan pelawat bagi tahun ini.

Kerjasama Yang Dimeterai Pada Malaysia-China Tourism Dialogue

Malaysia-China Tourism Dialogue yang diadakan di Langkawi hari ini menyaksikan usaha untuk memperkukuh kehadiran Malaysia di pasaran China dan begitu juga sebaliknya melalui pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MoU) utama. Pada acara tersebut, ITC telah menjalin kerjasama strategik dengan China International Travel Services (CITS) bagi mempergiat promosi silang produk dan destinasi pelancongan mesra Muslim di China dan Malaysia.

Sementara itu, Tourism Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan China Tourism Group Travel Services Corporation Limited dan Hangzhou Municipal Bureau of Culture, Radio, Television and Tourism bagi memperkukuh pertukaran maklumat pelancongan dan matlamat pasaran, serta melaksanakan kempen promosi bersama untuk meningkatkan kesedaran tentang destinasi dan merancakkan ketibaan pelawat.

Kerjasama ini akan memperkukuh kerjasama pelancongan dua hala serta meletakkan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pelancong dari China.

No.SENARAI KERJASAMAPENANDATANGAN
MOU YANG DIMETERAI PADA MALAYSIA-CHINA TOURISM DIALOGUE
1Kerjasama Strategik bagi Promosi Silang Produk Mesra Muslim dan Destinasi di China dan Malaysia antara Islamic Tourism Centre (ITC) dan China International Travel Services Ltd. Head Office.

En. Mohammad Faisal Abu Suaib Khan, Ketua Pengarah, Islamic Tourism Centre (ITC)

En. Wang Bo, Timbalan Pengurus Besar, Ibu
Pejabat China International Travel Services Ltd.

2Kerjasama untuk Memudah Cara Pembangunan Kebudayaan dan Pelancongan Tourism Malaysia antara Tourism Malaysia dan Hangzhou Municipal Bureau of Culture, Radio,
Television and Tourism.

En. Lee Thai Hung, Timbalan Ketua
Pengarah (Promosi II) Tourism Malaysia; dan

En. Liu Yufeng, Second-level Inspector, Hangzhou Municipal Bureau of Culture, Radio,
Television and Tourism

3Pelantikan wakil pemasaran bagi Tourism Malaysia di China antara China Tourism Group Travel Services Corporation Limited dan Tourism Malaysia.

En. Lee Thai Hung, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II) Tourism Malaysia; dan

En. Zheng Lijuan, Pengerusi dan Pengurus Besar China Tourism Group Travel Services Corporation Limited

Memperkasa Peluang Pelancongan Mesra Muslim

Pertumbuhan pesat pasaran pelancongan Muslim global turut mendorong ITC untuk memperluas kerjasama dengan beberapa pihak berkepentingan dalam sektor pelancongan di Malaysia dan China bagi membangunkan lebih banyak pengalaman pelancongan mesra Muslim.

Malaysia telah lama menjadi destinasi Asia Tenggara yang dipercayai dan kukuh dalam kalangan pelancong dari China. Dari Januari hingga Mei 2026, Malaysia menerima 2,196,169 ketibaan pelawat dari China, dengan 43,923
daripadanya merupakan pelawat Muslim.

Dalam satu majlis berasingan yang dianjurkan oleh ITC pada hari ini, beberapa kerjasama telah dimeterai melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkasa peluang pelancongan mesra Muslim bersama rakan strategik utama dalam sektor pelancongan dan hospitaliti.

Antara yang menjadi sorotan penting ialah peranan ITC dalam memperkenalkan rangka kerja Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition (MFAR) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, garis panduan industri serta program pembangunan kapasiti kepada jenama Dorsett Hospitality International dan rangkaian hotel Dorsett di Chengdu, Shanghai dan Wuhan.

Kerjasama dengan Dorsett Hospitality International membuka ruang bagi pelaksanaan standard hospitaliti ITC yang selari dengan keperluan pelancong Muslim antara kedua-dua negara, sekali gus mewujudkan pengalaman perjalanan yang lebih lancar untuk semua.

ITC turut menandatangani MoU bersama organisasi pelancongan, Oriental Zhen Shang (Beijing) Cultural Media Co., Ltd dan Xi’an You Shen Creative Marketing Planning Co., Ltd., bagi memperkenalkan tawaran pelancongan mesra Muslim Malaysia melalui seminar kesedaran dan latihan.

Dengan makanan dan minuman menjadi salah satu pengalaman utama dalam pelancongan, Malaysia turut memanfaatkan salah satu kelebihan daya saing uniknya — warisan kulinari Cina yang halal.

Melalui kerjasama dengan rakan industri, iaitu Mohd Chan Signatures Sdn Bhd dan Malaysian Inbound Chinese Association (MICA), gastronomi Cina yang halal kini diletakkan sebagai salah satu tawaran pelancongan yang
tersendiri. Pelancong Muslim dari China yang mencari cita rasa yang dekat dengan selera mereka ketika melancong ke luar negara kini boleh menikmati hidangan makanan dan minuman halal Malaysia melalui rangkaian 30 buah restoran Mohd Chan di seluruh negara.

Kerjasama antara kedua-dua pihak bakal memperkayakan pengalaman pelawat dengan menggabungkan aspek makanan, budaya dan pelancongan, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi mesra Muslim yang terkemuka.

No.SENARAI KERJASAMAPENANDATANGAN
MOU YANG DIMETERAI DI PROGRAM ISLAMIC TOURISM CENTRE
1Perluasan Program Muslim-Friendly Tourism and
Hospitality Assurance and Recognition (MFAR)
bagi rangkaian hotel antarabangsa antara Islamic Tourism Centre (ITC) dan Dorsett Hospitality International

En. Mohammad Faisal Abu Suaib Khan, Ketua Pengarah, Islamic Tourism Centre (ITC)

Puan Peggy Tan, Pengurus Besar Kluster, Dorsett Hospitality International

2Kerjasama Strategik untuk Memperkasa Malaysia sebagai Destinasi Utama Pelancong China melalui Gastronomi China yang Halal dan Kerjasama Pelancongan antara Mohd Chan Signatures Sdn Bhd dan Malaysian Inbound Chinese Association (MICA)

Datin Wira Aishah Sim, Pengarah Eksekutif, Mohd Chan Signatures Sdn. Bhd.

Dato’ Dr. Angie Ng, Presiden, Malaysian Inbound Chinese Association (MICA)

3

Kerjasama Pembangunan Ekosistem Mesra-
Muslim di China antara Islamic Tourism Centre (ITC) dan Oriental Zhen Shang (Beijing) Cultural Media Co., Ltd serta Xi’an You Shen Creative
Marketing Planning Co., Ltd

En. Mahathir Amin, Pengarah Pembangunan Industri, Islamic Tourism Centre (ITC)

Ms. Elena Wang, Penolong Pengarah Jualan, Oriental Zhen Shang (Beijing) Cultural Media Co., Ltd.

Ms. Shana Wang, Penolong Pengurus Besar, Xi’an You Shen Creative Marketing
Planning Co., Ltd.

Kerjasama sebagai Strategi Pertumbuhan Pelancongan

Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi mesra Muslim terkemuka dunia. Baru-baru ini, Malaysia sekali lagi diiktiraf sebagai Top Muslim-Friendly Destination (OIC) dalam Mastercard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) 2026, sekali gus mencatat tahun ke-11 berturut-turut di kedudukan teratas di peringkat global. Pencapaian ini mencerminkan kekuatan ekosistem Muslim-Friendly Tourism and Hospitality
Malaysia yang menyeluruh, dibangunkan melalui kerjasama erat antara kerajaan, industri dan rakan strategik kami.

Kerjasama industri seperti ini terus memainkan peranan penting dalam strategi pelancongan Malaysia. Inisiatif-inisiatif ini dijangka menjana aliran pelancongan dua hala yang lebih besar, di samping mewujudkan peluang komersial baharu untuk hotel, agensi pelancongan, restoran, tarikan pelancongan dan penyedia perkhidmatan pelancongan.

Maklumat Tambahan

STATISTIK BAGI NEGARA CHINA: KETIBAAN PELANCONG KE MALAYSIA

TAHUNKETIBAAN PELANCONGKETIBAAN PELANCONG MUSLIM
20193,330,12966,603
2020428,6428,573
20217,729155
2022260,0795,202
20231,613,31232,266
20243,725,89474,518
20254,661,87893,238
2026
(Jan-Mei)
2,196,16943,923

Sumber: Tourism Malaysia

TAMAT

Mengenai Islamic Tourism Centre
Islamic Tourism Centre (ITC) merupakan sebuah entiti di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan segmen Pelancongan Islam bagi Malaysia. ITC memperjuangkan pelancongan dan hospitaliti mesra Muslim (MFTH) melalui penyediaan penyelidikan dan risikan pasaran, latihan, khidmat rundingan pembangunan industri, piawaian serta pengiktirafan perkhidmatan, dan pertukaran maklumat. 

Untuk maklumat lanjut, sila e-mel comms@itc.gov.my atau individu yang berkenaan:
Anis Ramli, Unit Komunikasi Korporat, ITC di 012 321 913
Nadhirah Aripin, Unit Komunikasi Korporat, ITC di 019 356 053
Siti Rahmah Lehan, Unit Komunikasi Korporat, ITC di 012 9070 993
Nurin Sufia Muazamir, Unit Komunikasi Korporat, ITC di 019 8013 400

Scroll to Top