ITC, HALAALI CANADA JALIN KERJASAMA PERLUAS CAPAIAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM MALAYSIA KE PASARAN GLOBAL

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Encik Mahathir Amin, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri ITC (kiri), mewakili Islamic Tourism Centre (ITC), dan Encik Yacoob Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Halaali App Ltd (kanan). Majlis tersebut turut disaksikan oleh (bermula dari kiri kedua) Encik Chua Choon Hwa, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia; YB Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi bin Tan Sri Abd. Razak, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang; YB Puan Leong Yu Man, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang; Encik Samer I. AlKharashi, Pengarah Pejabat Serantau UN Tourism bagi Timur Tengah; dan Puan Aisha Ismail, Ketua Pegawai Operasi (COO) merangkap Pengasas Bersama Halaali, Kanada.

KUANTAN, PAHANG: Malaysia bakal memperluas capaian penawaran pelancongan dan hospitaliti mesra Muslim ke peringkat antarabangsa menerusi kerjasama strategik antara Islamic Tourism Centre (ITC)dan Halaali dari Kanada.

Kerjasama itu memberi tumpuan kepada pembangunan dan penambahbaikan platform digital khusus yang berfungsi sebagai direktori bersepadu bagi menghimpunkan maklumat mengenai penawaran Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim (MFTH) di Malaysia.

Inisiatif berkenaan bertujuan memudahkan penduduk tempatan serta pelancong antarabangsa mendapatkan maklumat dan meneroka pelbagai perkhidmatan serta pengalaman pelancongan mesra Muslim yang ditawarkan di negara ini.

Menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai, kedua-dua pihak akan memberi tumpuan kepada tiga bidang utama, iaitu pembangunan platform digital dan integrasi direktori, perkongsian maklumat serta data, selain promosi dan kerjasama strategik.

MoU itu ditandatangani oleh Mahathir Amin, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri, mewakili ITC, manakala Halaali App Ltd diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yacoob Ismail seiring penganjuran Persidangan WITC 2026 kali kelima yang berlangsung pada 5 dan 6 November di Kuantan, Pahang.

Platform berkenaan yang turut tersedia di Jepun, UK dan Mauritius dijangka menjadi gerbang sehenti yang menghubungkan pelancong dengan penyedia perkhidmatan dan pemain industri pelancongan mesra Muslim tempatan, sekali gus meningkatkan keterlihatan perniagaan Malaysia kepada pasaran antarabangsa.

Kerjasama itu turut merangkumi perkongsian data dan jaringan industri bagi memastikan maklumat yang dipaparkan sentiasa tepat dan terkini, sekali gus membantu meningkatkan pengalaman perjalanan pelancong Muslim ke Malaysia.

Selain aspek pendigitalan, ITC dan Halaali turut meneroka pelaksanaan inisiatif promosi bersama menerusi kempen, persidangan, pameran, program serta misi perdagangan di peringkat domestik dan antarabangsa bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan hospitaliti mesra Muslim.

Ketua Pengarah ITC, Mohammad Faisal bin Abu Suaib Khan berkata, inovasi digital dan kerjasama strategik antarabangsa semakin penting dalam memperkukuh kedudukan Malaysia dalam landskap pelancongan mesra Muslim global.

“Melalui kerjasama dengan Halaali App Ltd dan gozaya.com.my oleh Zaya, yang telah dimeterai pada September lalu, kami berhasrat menjadikan penawaran pelancongan mesra Muslim Malaysia lebih mudah diakses dan dikenali oleh pelancong antarabangsa, selain membuka lebih banyak peluang kepada pemain industri tempatan untuk menjalin hubungan dengan bakal pelancong serta meluaskan capaian pasaran mereka.

“Kerjasama ini turut mencerminkan komitmen ITC dalam memanfaatkan teknologi dan membina jaringan strategik industri yang bermakna bagi meningkatkan daya saing Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan mesra Muslim,” katanya.

Kerjasama itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan ITC memperkukuh jaringan antarabangsa, memanfaatkan inovasi teknologi dan memperluas peluang pertumbuhan industri pelancongan mesra Muslim negara.

Persidangan WITC 2026 kali kelima yang berlangsung pada 5 dan 6 November bertemakan “Faith and Family Beyond Borders” menghimpunkan pemain industri pelancongan antarabangsa, penggubal dasar serta pemimpin industri bagi memperkukuh kerjasama dan memacu pertumbuhan mampan sektor pelancongan mesra Muslim global.

Mengenai Islamic Tourism Centre

Islamic Tourism Centre (ITC) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan,
Seni dan Budaya (MOTAC) yang bertanggungjawab membangunkan sektor pelancongan Islam
di Malaysia. ITC berperanan memperkasa industri pelancongan dan hospitaliti mesra Muslim
(MFTH) menerusi penyelidikan dan risikan pasaran, latihan, khidmat rundingan pembangunan
industri, pembangunan piawaian perkhidmatan dan pengiktirafan serta perkongsian maklumat.

Untuk maklumat lanjut, sila email comms@itc.gov.my atau hubungi pegawai berikut:
Anis Ramli, Unit Komunikasi Korporat, ITC at 012 321 9137
Siti Rahmah Lehan, Unit Komunikasi Korporat, ITC at 012 9070 993
Nurin Sufia Muazamir, Unit Komunikasi Korporat, ITC at 019 8013 400
Aliya Syazwani, Unit Komunikasi Korporat, ITC at 014 236 0038

ITC, HALAALI APP LTD PARTNER TO EXPAND MALAYSIA'S MUSLIM-FRIENDLY TOURISM REACH THROUGH DIGITAL INTEGRATION

The MoU signing ceremony between Mr. Mahathir Amin, Director of ITC’s Industry Development Division (left), representing the Islamic Tourism Centre (ITC), and Mr. Yacoob Ismail, Chief Executive Officer of Halaali App Ltd (right). The ceremony was witnessed by (from second left) Mr. Chua Choon Hwa, Deputy Secretary-General (Tourism), Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia; YB Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi bin Tan Sri Abd. Razak, Chairman of the Pahang State Committee for Agriculture, Agro-Based Industry, Biotechnology and Education; YB Puan Leong Yu Man, Chairman of the Pahang State Committee for Unity, Tourism and Culture; Mr. Samer I. AlKharashi, Director of the UN Tourism Regional Office for the Middle East; and Ms. Aisha Ismail, COO and Co-Founder of Halaali, Canada.

KUANTAN, PAHANG: Malaysia is set to strengthen the international visibility of its Muslim-friendly tourism and hospitality offerings through a strategic partnership between the Islamic Tourism Centre (ITC) and Canada’s Halaali App Ltd.

The collaboration, formalised through a Memorandum of Understanding (MoU) titled Joint Digital Integration & Global Promotion for Malaysia’s Muslim-Friendly Tourism and Hospitality (MFTH), aims to leverage digital technology and international promotional networks to connect Malaysia’s Muslim-friendly tourism offerings with a wider global audience.

Under the partnership, both parties will focus on developing and enhancing a dedicated digital platform that serves as an integrated directory of Malaysia’s Muslim-Friendly Tourism and Hospitality (MFTH) offerings, making it easier for domestic and international travellers to discover relevant tourism products, services and experiences.

The collaboration will cover three key areas: digital platform development and directory integration, information exchange and data sharing, as well as joint promotion and strategic collaboration.

The platform, with its presence in Japan, the UK and Mauritius, is expected to serve as a centralised gateway to Malaysia’s MFTH ecosystem, connecting travellers with relevant tourism businesses and service providers while increasing the visibility of local industry players in international markets.

The partnership will also facilitate industry information and data sharing to support accurate and updated listings, contributing to a more seamless travel experience for Muslim travellers visiting Malaysia.

Beyond digital integration, ITC and Halaali App Ltd will explore joint promotional initiatives through campaigns, conferences, exhibitions, programmes and international trade missions to further position Malaysia as a leading destination for Muslim-friendly tourism and hospitality.

ITC Director-General, Mohammad Faisal bin Abu Suaib Khan said digital innovation and international strategic partnerships were increasingly important in strengthening Malaysia’s position in the global Muslim-friendly tourism landscape.

“Through this collaboration with Halaali App Ltd and gozaya.com.my by Zaya which we previously signed with in September, we aim to make Malaysia’s Muslim-friendly tourism offerings more accessible and visible to international travellers, while creating greater opportunities for local industry players to connect with potential visitors and expand their market reach.

“It also reflects ITC’s commitment to leveraging technology and building meaningful industry partnerships to enhance Malaysia’s competitiveness as a leading Muslim-friendly tourism destination,” he said.

The MoU was signed at the 5th World Islamic Tourism Conference (WITC) 2026 on 5 November by Mahathir Amin, Director of ITC’s Industry Development Division, on behalf of ITC, while Halaali App Ltd was represented by its Chief Executive Officer, Yacoob Ismail.

The partnership forms part of ITC’s ongoing efforts to strengthen international networks, harness digital innovation and create greater growth opportunities for Malaysia’s Muslim-friendly tourism industry.

The 5th WITC 2026, held on 5 and 6 November under the theme “Faith and Family Beyond Borders”, brought together international tourism stakeholders, policymakers and industry leaders to advance collaboration and the sustainable growth of the global Muslim-friendly tourism sector.

About Islamic Tourism Centre

Islamic Tourism Centre (ITC) is an entity under the Ministry of Tourism, Arts and Culture, Malaysia, tasked to develop the Islamic Tourism segment for Malaysia. It advocates for Muslim-friendly tourism and hospitality (MFTH) by offering research and market intelligence, training, industry development consultation, services standards and recognition, and information exchange.

For further details, kindly email comms@itc.gov.my or the following individuals:
Anis Ramli, Corporate Communications Unit, ITC at 012 321 9137
Siti Rahmah Lehan, Corporate Communications Unit, ITC at 012 9070 993
Nurin Sufia Muazamir, Corporate Communications Unit, ITC at 019 8013 400
Aliya Syazwani, Corporate Communications Unit, ITC at 014 236 0038

Scroll to Top