ITC OPEN DAY PERKUKUH SILATURRAHIM WARGA MOTAC MENJELANG VM2026

Putrajaya, 18 Disember 2025 – Islamic Tourism Centre (ITC) menyulam semangat kerjasama antara warga Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama penggiat industri melalui anjuran sulung ITC Open Day 2025 yang berlangsung di Dewan Sanggar Pujangga.

Program yang berlangsung selama satu hari ini menepati objektifnya untuk memberi pendedahan secara langsung mengenai peranan, fungsi serta inisiatif utama ITC. Selain itu, ia memberi ruang untuk seluruh warga kerja MOTAC berinteraksi dan mendengar perkongsian informatif, dalam  suasana yang santai.

Pemangku Ketua Pengarah ITC, Puan Nur Alyssa Coraline Yussin, menekankan kepentingan semangat kerjasama dan integriti dalam menjayakan visi kementerian.

“ITC Open Day membuktikan kita mampu membina sinergi yang kuat dan merapatkan silaturahim antara bahagian dan agensi di bawah naungan MOTAC. Dengan pengukuhan kefahaman terhadap Pelancongan Islam dan pemupukan nilai integriti, diharapkan kita semua akan melangkah dengan penuh keyakinan dan semangat untuk mencapai sasaran 47 juta kemasukan pelawat antarabangsa sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia (Visit Malaysia 2026 – VM2026).”

Semangat kebersamaan ini dizahirkan melalui penglibatan aktif 20 pempamer dan 25 rakan strategik. Selain itu, antara sorotan utama ITC Open Day adalah sesi pengenalan ITC oleh Puan Anis Rozalina Ramli, Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat dan pembentangan program pengiktirafan Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition (MFAR) dan Muslim-Friendly Tourist Guide (MFTG) oleh Puan Siti Hawa Mohd. Khalil, Eksekutif Bahagian Pembangunan Industri dan Puan Siti Umairah Jaafar, Penolong Eksekutif Bahagian Penyelidikan dan Latihan dari ITC.  

Program ITC Open Day juga dimeriahkan dengan kehadiran penceramah jemputan terkenal, Amin Idris dan Izzhar Nadzri yang menyampaikan ceramah motivasi bertajuk “Reset Hati: Kuatkan Iman dan Integriti”. Majlis turut diceriakan dengan persembahan khas oleh artis popular, Lah Ahmad dan sesi Zumba bersama Zin Fareeza pada akhir program. 

Sebagai agensi di bawah MOTAC, ITC yang ditubuhkan pada tahun 2009 telah meneraju pembangunan sektor Pelancongan Islam negara, termasuk membangunkan standard dan mengiktiraf premis dan perniagaan Pelancongan dan Hospitaliti Mesra-Muslim (Muslim-Friendly Tourism and Hospitality – MFTH).

ITC Open Day 2025 yang dihadiri oleh lebih 200 peserta, terdiri daripada warga MOTAC dan rakan strategik ITC dirasmikan oleh Encik Surrendren Sathasivam, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) kementerian tersebut.

SENARAI RAKAN STRATEGIK ITC OPEN DAY 2025

  1. Attana Hotels & Resorts
  2. Tasik Villa International Resort, Port Dickson
  3. Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur
  4. Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur
  5. Mardhiyyah Hotel & Suites
  6. Lotus Desaru Beach Resort &Spa
  7. Beacon Resorts
  8. Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA
  9. Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
  10. Tabung Haji Travel & Services
  11. Teratak Spa
  12. KOPETRO Travel & Tours
  13. D’Cantek Muslimah Spa
  14. Airis Heritage Spa
  15. Zheo Lab (M) Sdn Bhd
  16. Ryverra Chocolate Story
  17. Toki Group (M) Sdn Bhd
  18. Kuala Lumpur Tower
  19. Berjaya Times Square Theme Park
  20. Mohd Chan Group Berhad
  21. TGV Cinema
  22. Malayan Banking Berhad
  23. Mitsui Outlet Park KLIA Sepang
  24. Emery School Of Coffee
  25. Only World Group (OWG)

SENARAI PEMPAMER ITC OPEN DAY 2025

  1. Attana Hotels and Resorts
  2. Tasik Villa International Resort, Port Dickson
  3. Lotus Desaru Beach Resort and Spa
  4. Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur
  5. Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA
  6. Tabung Haji Travel and Services
  7. Kopetro Travel and Tours Sdn Bhd
  8. Masjid Al-Hasanah,Bandar Baru Bangi
  9. Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur
  10. Masjid Diraja Sultan Ala’eddin, Kg. Bandar
  11. Karyaneka Sdn. Bhd.
  12. D’Cantek Muslimah Spa
  13. Airis Heritage Spa
  14. AORA Spa and Wellness Bentong
  15. Sukur Food Industries
  16. Nasyrul Quran Complex
  17. Berjaya Times Square
  18. Sudu & Soul
  19. Siti Khadijah Apparel Sd. Bhd.
  20. Klinik Dr. Najwa Putrajaya

TAMAT

Scroll to Top