TEROKAI POTENSI PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI PERAK

55 Muslim-Friendly Tourist Guide (MFTG) meneroka pengalaman warisan, komuniti, alam sekitar dan masjid di Teluk Intan, Kampung Gajah dan Bagan Datuk

BAGAN DATUK, PERAK, 15 OGOS 2026 – Dengan landskap pesisir, hasil kelapa, kehidupan komuniti dan warisan setempat, Bagan Datuk mempunyai pelbagai tarikan yang berpotensi diketengahkan sebagai sebahagian daripada pengalaman pelancongan mesra Muslim di Malaysia.

Potensi tersebut diterokai menerusi Muslim-Friendly Tourist Guide (MFTG) and Media Familiarisation Trip (FAM Trip) anjuran Islamic Tourism Centre (ITC) pada 14 dan 15 Ogos 2026, bersempena National Mosque Open Day (NMOD) 2026 yang berlangsung dari 13 hingga 15 Ogos 2026 di Masjid Tuminah Hamidi dan Dataran Bagan Datuk.

Program ini menghimpunkan 55 Muslim-Friendly Tourist Guides (MFTG) yang diiktiraf oleh Islamic Tourism Centre serta lapan wakil media bagi mendapatkan pengalaman secara langsung mengenai kepelbagaian produk dan tarikan pelancongan di Teluk Intan, Kampung Gajah dan Bagan Datuk.

Penyertaan Muslim-Friendly Tourist Guides yang mewakili dari negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Johor, Terengganu, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sarawak.

Turut serta ialah wakil media daripada Siakap Keli, Santai Travel, SiennyLovesDrawing, Bernama, Bernama TV dan Sinar Islam Plus – Sinar Harian.

Meneroka Pengalaman Pelancongan secara langsung

Sepanjang dua hari program, peserta dibawa menyusuri beberapa lokasi yang memperlihatkan kepelbagaian pengalaman pelancongan di Perak, bermula dengan Menara Condong Teluk Intan, River Front Teluk Intan dan Masjid Daerah Sultan Idris II, sebelum diteruskan ke Kompleks Sejarah Pasir Salak di Kampung Gajah.

Di Bagan Datuk, peserta berpeluang meneroka Sunflower Garden, Sky Mirror, Blue Tears serta Masjid Tuminah Hamidi, selain merasai sendiri suasana komuniti dan tarikan setempat yang menjadi sebahagian daripada pengalaman di destinasi.

Rangkaian lokasi ini memperlihatkan bagaimana pelbagai elemen seperti warisan, sejarah, alam sekitar, komuniti dan masjid boleh digabungkan dalam satu laluan pelancongan yang menawarkan pengalaman lebih menyeluruh kepada pelawat.

Memperkukuh Peranan Muslim-Friendly Tourist Guide Dalam Memperkenalkan Destinasi

Penglibatan Muslim-Friendly Tourist Guide dalam program ini memberi peluang kepada pemandu pelancong untuk meningkatkan pengetahuan produk melalui pengalaman secara langsung, sekali gus memperkukuh keupayaan mereka dalam memperkenalkan dan mencadangkan pengalaman pelancongan mesra Muslim kepada pelancong domestik dan antarabangsa.

Bagi wakil media, program ini memberi peluang untuk meneroka sendiri potensi destinasi yang diketengahkan serta menghasilkan kandungan yang memperkenalkan keunikan Teluk Intan, Kampung Gajah dan Bagan Datuk, di samping memperkenalkan peranan Islamic Tourism Centre dalam pembangunan Pelancongan Islam, peranan MFTG dalam ekosistem Pelancongan Islam, serta penganjuran National Mosque Open Day 2026 sebagai salah satu pengalaman pelancongan berpotensi tinggi. Penglibatan media ini diharap dapat memperluaskan capaian dan meningkatkan keterlihatan destinasi-destinasi tersebut kepada khalayak yang lebih luas.

Penyertaan Muslim-Friendly Tourist Guide dan media daripada pelbagai negeri serta latar belakang turut memperluas jaringan antara pemandu pelancong, media, komuniti tempatan dan pemain industri, sekali gus membuka ruang kepada lebih banyak kerjasama dan promosi destinasi pada masa akan datang.

Menghubungkan Masjid Dengan Pengalaman Destinasi

Media Familiarisation Trip ini turut mengetengahkan Masjid Daerah Sultan Idris II dan Masjid Tuminah Hamidi sebagai sebahagian daripada rangkaian pengalaman yang diterokai peserta.

Pendekatan ini selari dengan usaha Islamic Tourism Centre melalui National Mosque Open Day 2026 bertemakan “Nadi Komuniti, Destinasi Lestari”, yang mengangkat masjid bukan sahaja sebagai pusat ibadah, tetapi juga sebagai sebahagian daripada komuniti dan ekosistem pelancongan.

National Mosque Open Day 2026 merupakan kesinambungan kepada inisiatif Mosque Open Day (MOD) yang dilaksanakan Islamic Tourism Centre sejak 2023, dengan 17 masjid pelancongan telah terlibat sehingga 2025.

Melalui Muslim-Friendly Tourist Guide and Media Familiarisation Trip ini, Islamic Tourism Centre terus memperkukuh usaha memperluas rangkaian destinasi dan pengalaman pelancongan mesra Muslim di Malaysia, dengan mengangkat kekuatan tempatan serta kepelbagaian produk yang terdapat di setiap destinasi.

TAMAT

Mengenai Program Mosque Open Day
Program Mosque Open Day yang diadakan setiap bulan di masjid-masjid terpilih memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali Islam dengan lebih dekat. Menerusi program ini, pengunjung dapat menghayati keunikan seni bina masjid, memahami warisan serta budaya Islam, di samping merasai sendiri suasana mesra dan keterbukaan yang menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Islam. 

Menerusi lawatan berpandu, perkongsian ilmu, aktiviti kebudayaan dan pelbagai aktiviti mesra keluarga, pengunjung berpeluang mengenali Islam dengan lebih dekat sambil menghayati nilai-nilai murni seperti kasih sayang, layanan mesra, keharmonian, saling memahami dan perpaduan yang menjadi teras ajaran Islam.

Kerjasama ini juga mencerminkan usaha berterusan untuk mengangkat masjid sebagai antara aset penting dalam sektor pelancongan dan warisan negara. Selain berfungsi sebagai tempat beribadah, masjid turut menjadi pusat komuniti yang mempamerkan keunikan seni bina Islam, budaya serta nilai hospitaliti. Melalui inisiatif seperti Mosque Open Day, pengunjung bukan sahaja dapat merasai pengalaman tersebut secara langsung, malah dapat memupuk persefahaman dan mengeratkan hubungan antara masyarakat.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkasakan pelancongan berasaskan masjid sebagai salah satu tarikan bermakna dalam penawaran pelancongan mesra Muslim di Malaysia.

Mengenai Islamic Tourism Centre

Islamic Tourism Centre (ITC) merupakan sebuah entiti di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan segmen Pelancongan Islam bagi Malaysia. ITC memperjuangkan pelancongan dan hospitaliti mesra Muslim (MFTH) melalui penyediaan penyelidikan dan risikan pasaran, latihan, khidmat rundingan pembangunan industri, piawaian serta pengiktirafan perkhidmatan, dan pertukaran maklumat. 

Untuk maklumat lanjut, sila e-mel comms@itc.gov.my atau individu yang berkenaan: 

Anis Rozalina Ramli, Unit Komunikasi Korporat, ITC di 012 321 913 5
Siti Rahmah Lehan, Unit Komunikasi Korporat, ITC di 012 9070 993
Nurin Sufia Muazamir, Unit Komunikasi Korporat, ITC di 019 8013 400 
Aliya Syazwanie, Unit Komunikasi Korporat, ITC di 014 236 0038 

Scroll to Top